Masjid Negeri, Arau

MASJID NEGERI, ARAU


Sejarah:

Masjid Negeri Perlis terletak di bandar Arau, Perlis. Perletakan batu asasnya disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 2 Safar 1392 Hijrah bersamaan 18 Mac 1972 bersempena dengan hari keputeraan baginda Ke-54.  Masjid ini mempunyai sebuah kubah induk yang terletak pada ketinggian 20 meter dari paras lantai dan dua buah kubah yang kecil  terletak di bahagian anjung mengadap ke timur dan selatan.  Pembukaan rasmi masjid ini disempurnakan pada hari Jumaat, 6 Safar 1932 Hijrah bersamaan 6 Februari 1976 oleh Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail



Kami mempunyai 66 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top