Bahagian Pengurusan Keluarga Islam
Bahagian Pengurusan Keluarga Islam merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam mengendalikan dan menguatkuasakan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Perlis. (Enakmen 7, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006)
Secara amnya bahagian ini berperanan untuk mengendalikan pengurusan permohonan perkahwinan, perceraian dan rujuk masyarakat islam.
Bahagian ini terdiri dari dua unit utama iaitu:
⇒ Unit Nikah, Cerai dan Rujuk
⇒ Unit Runding Cara
Fungsi Bahagian:
♦ Melaksanakan pengurusan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang-orang Islam Negeri Perlis
♦ Menguruskan kursus pra-perkahwinan bagi orang- orang Islam negeri Perlis
♦ Mengendalikan proses rundingcara atau kaunseling keluarga kepada pasangan suami isteri yang menghadapi
masalah krisis rumahtangga dan kekeluargaan melalui permohonan dan aduan seperti berikut:
♣ Aduan/Khidmat nasihat
♣ Aduan/Permohonan cerai/fasakh
♣ Aduan/Permohonan rujuk
♣ Permohonan Wali Hakim, Wali Ghaib, Wali Enggan
♣ Permohonan Berkahwin Bawah Umur
♦ Menyimpan dan mengemaskini rekod dan dokumen perkahwinan, penceraian dan rujuk orang-orang Islam Perlis ke dalam Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).
Perkhidmatan Bahagian Pengurusan Keluarga Islam