Perutusan Pengarah
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Perlis
Salam “Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju”
Salam Sejahtera
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian adalah milik Allah S.W.T Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, bersama-sama kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan Izin-Nya kita masih dapat meneruskan kehidupan ini seterusnya berpeluang untuk menyambung penunaian amanah dan tanggungjawab dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.
Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang melayari laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) ini. Sebagai sebuah agensi Agama Islam untuk Negeri Perlis, JAIPs sentiasa berikhtiar sedaya upaya untuk mengukuhkan kefahaman Manhaj Ahli al-Sunnah wal-Jamaah seperti yang termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis 1948 kepada seluruh umat Islam di Negeri Perlis melalui segala aktiviti dan program yang dirancang.
Dalam gelombang kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini, dunia fizikal bagaikan menjadi tanpa sempadan. Oleh itu, laman web rasmi JAIPs diintegrasikan dengan komponen media sosial iaitu Facebook rasmi JAIPs (https://www.facebook.com/JAIPs01). Sehubungan dengan itu, diharapkan maklumat yang terkandung di dalam laman web rasmi JAIPs dapat memberi faedah dan manfaat kepada semua pengunjung di mana sahaja mereka berada.
Selamat Melayari Laman Web Rasmi JAIPs
Wabillahi Taufik Walhidayah

Puan Maizura binti Shamsuddin
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
10 Mac 2025