Piagam Pelanggan
Kami sedia memberi perkhidmatan yang cepat, tepat dan berkualiti serta pengurusan masa mengikut piawaian berikut:
-
Menyelenggara, mengawal peruntukan mengikut anggaran perbelanjaan yang diluluskan oleh Perbendaharaan Negeri Perlis
-
Memproses bayaran bagi invois dan bil-bil yang lengkap dan sempurna tuntutannya dalam masa 10 hari dari tarikh penerimaannya dan dikemukakan ke Perbendaharaan Negeri untuk pembayarannya.
-
Merekod dan menyelenggara semua urusniaga harian Jabatan di dalam buku tunai pada hari yang sama.
-
Menjawab semua pertanyaan audit dalam masa 1 bulan serta memberi keutamaan untuk mengambil tindakan pembetulan ke atas teguran berkenaan.
-
Membayar gaji kakitangan dan lain-lain elaun mengikut jadual yang ditetapkan.
-
Mengemaskini fail-fail dan surat-surat diedarkan kepada yang berkenaan dengan tepat dan segera untuk tindakan seterusnya.
-
Mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan Pengawal dan Kakitangan Jabatan setiap kali diperlukan.
-
Menyediakan semua dokumen-dokumen berkaitan dengan perkhidmatan pegawai dan kakitangan Jabatan dengan tepat dan segera mengikut jadual dan keperluan yang dipohon.