TAKLIMAT ZON PATUH KEPADA PEMILIK PREMIS MAKANAN PADANG BESAR PERLIS TAHUN 2025

PADANG BESAR, 18 November 2025 (Selasa) | Telah berlangsungnya Program Taklimat Zon Patuh Kepada Pemilik Premis Makanan Padang Besar yang diadakan di Bangunan Plaza Niaga, Padang Besar dan kehadiran terdiri daripada pemilik-pemilik premis makanan di sekitar kawasan bangunan niaga Padang Besar. 

Tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran tahap pematuhan kebersihan premis, keselamatan makanan dan perundangan kawalan harga makanan serta memenuhi tuntutan halalan tayyiban.Program ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melalui Bahagian Pengurusan Halal JAIPs dengan kerjasama pihak pengurusan Bangunan Plaza Niaga, Padang Besar Street dan Padang Waremart. Turut serta bersama dalam menjayakan program ini agensi daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Perlis. Berita lanjut dan gambar

Kami mempunyai 22 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top