ANUGERAH MyPESARA 2023
Sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjemput semua pesara kerajaan dan sektor awam untuk menyertai Anugerah MyPesara 2023 sebagai mengiktiraf sumbangan pesara yang kekal aktif berkhidmat dan memperkasa masyarakat secara keseluruhan semasa di dalam persaraan. Anugerah ini juga bertujuan untuk menggalakkan pesara terus terlibat dan menyumbang secara positif kepada masyarakat semasa fasa persaraan.
Pencalonan bagi Anugerah MyPesara yang terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu Pendidikan, Sosial dan Khidmat Masyarakat serta Keusahawanan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang menerima pencen bulanan daripada pihak Kerajaan dan berumur 55 tahun ke atas serta telah bersara daripada Perkhidmatan Awam Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan Borang Pencalonan melalui link di bawah atau imbas kod QR. Terma dan syarat juga melalui link dan kod QR.
https://me-qr.com/lYnxu4dO https://me-qr.com/bJu19J6M

![]() |