DAURAH HALALAN TAIYYIBAN: KURSUS TAULIAH SEMBELIHAN SEMENTARA BAGI IBADAH KORBAN PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026

KANGAR, 11 Mei 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menganjurkan Kursus Tauliah Sembelihan Sementara bagi Ibadah Korban Tahun 2026 bertempat di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, JAIPs, Kangar, Perlis dan telah disempurnakan perasmian program oleh YBrs. Puan Maizura binti Shamsuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

Kursus ini dianjurkan sebagai persediaan menjelang ibadah korban dengan memberi penekanan kepada aspek kefahaman syariah, tatacara sembelihan yang betul serta pematuhan terhadap garis panduan dan peraturan berkaitan sembelihan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti beberapa slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman daripada pelbagai agensi berkaitan. Antara pengisian utama yang diketengahkan termasuk konsep penyembelihan dalam Islam, tauliah sembelihan serta teknologi sembelihan terkini yang disampaikan oleh pihak JAIPs.

Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis turut menyampaikan ceramah berkaitan aspek perundangan dan pemeriksaan daging di rumah sembelihan bagi memastikan proses penyembelihan memenuhi piawaian kebersihan, keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan. Turut diadakan slot khas daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis berkaitan hukum-hakam ibadah korban sebagai panduan kepada peserta dalam melaksanakan ibadah korban dengan lebih sempurna dan menepati syariat Islam.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para penyembelih dan pembantu penyembelih sekitar negeri Perlis yang hadir bagi mendapatkan tauliah sembelihan sementara untuk ibadah korban tahun 2026.

Pihak JAIPs berharap kursus seperti ini dapat meningkatkan kefahaman serta tahap kompetensi peserta dalam melaksanakan amanah sembelihan korban dengan penuh tanggungjawab, berintegriti dan mematuhi hukum syarak. Gambar

#JAIPs #HalalPerlis #KursusSembelihan #IbadahKorban2026 #SentiasaDiHadapan
Kami mempunyai 6 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top