PENYERTAAN JAIPs DALAM PROGRAM HALAL BIZSTART 2026 ANJURAN PEJABAT MARA NEGERI PERLIS
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Halal BizStart 2026 anjuran Pejabat MARA Negeri Perlis pada 23 April 2026 (Khamis) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada usahawan khususnya berkaitan kepentingan pensijilan halal serta keperluan pematuhan standard halal dalam perniagaan.
Sepanjang program, para peserta telah mengikuti beberapa slot pengisian yang bermanfaat antaranya:
Slot ceramah telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Hisham Sabri, Trainer Halal USIM merangkap pakar teknikal standardisasi Halal Quality Management bagi negara OIC, manakala sesi perkongsian turut melibatkan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melalui Bahagian Pengurusan Halal JAIPs.
Pihak JAIPs turut berbesar hati menerima jemputan sebagai penceramah serta menyertai reruai pameran dalam usaha memperkukuh kefahaman halal dalam kalangan usahawan tempatan.
Semoga program seperti ini dapat terus memperkasa ekosistem halal negeri Perlis serta melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing dan patuh syariah. Gambar