MENSYUARAT BERSAMA JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI PERLIS MEMPERKUKUH PEMAHAMAN PENSIJILAN HALAL

Kangar, 1 April 2026 – Satu sesi mesyuarat telah diadakan antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melalui Bahagian Pengurusan Halal JAIPs bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perlis bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, JAIPs pada jam 10.00 pagi.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua agensi dalam usaha mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran berkaitan pensijilan halal dalam kalangan komuniti, khususnya pengusaha dan usahawan di bawah seliaan KEMAS.

Antara fokus utama perbincangan adalah berkaitan advokasi prosedur permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Pihak JAIPs telah memberikan penerangan berhubung tatacara permohonan, keperluan yang perlu dipatuhi serta kepentingan pensijilan halal dalam memastikan produk dan perkhidmatan memenuhi piawaian halal yang ditetapkan.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan cadangan penganjuran bengkel permohonan SPHM secara khusus kepada peserta KEMAS. Bengkel ini dilihat sebagai satu platform penting bagi membantu para usahawan memahami proses permohonan secara lebih praktikal dan tersusun.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pihak turut merancang pelaksanaan kursus kesedaran halal di peringkat KEMAS Negeri Perlis sebagai langkah proaktif dalam meningkatkan pengetahuan serta pematuhan terhadap keperluan halal. Inisiatif ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai pengusaha yang peka dan komited terhadap aspek halal dalam perniagaan mereka.

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan antara JAIPs dan KEMAS Negeri Perlis dalam memperkasa ekosistem halal di negeri ini. Kerjasama erat seperti ini diyakini mampu memberi impak positif kepada pembangunan komuniti serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Gambar

Kami mempunyai 43 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top