Operasi Bersepadu Ramadan 1447H/2026M (Ramadan Dihormati, Rezeki Diberkati)
Pada 04 Mac 2026 & 11 Mac 2026 Jam 9.00 pagi, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah berkolaborasi dengan Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dan Unit Kawalan dan Kualiti Makanan (UKKM) Pejabat Kesihatan Kangar KKM dalam operasi bersepadu sempena ramadan 1447H/2026M. Operasi bersepadu ini memfokuskan mengikut kawasan dibawah Parlimen Kangar,Arau & Padang Besar. Kawasan dan lokasi yang telah disasarkan berdasarkan aduan awam dan hasil pemantauan berterusan pihak penguatkuasa dari masa ke semasa demi Menjaga Kemuliaan Bulan Ramadan.
Hasil operasi yang dilakukan disetiap premis yang dikunjungi mendapati berlaku pelanggaran kepada enakmen dibawah seksyen 25(1)(A) kesalahan menjual sebelum masa yang dibenarkan,dan juga terdapat individu yang mencemari kemuliaan bulan ramadan dengan membeli makanan dan minuman di kedai non muslim dan melepak di luar premis,namun kebanyakan premis akur dengan penguatkuasaan Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991.
Pihak Penguatkuasa Agama JAIPs bersama agensi yang terlibat telah menyampaikan nasihat berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang boleh diambil tindakan undang-undang mengikut kapasiti peruntukan yang telah diperuntukkan dibawah agensi masing-masing kepada semua premis yang dilawati. Bahagian ini juga telah mengambil tindakan kepada premis yang ingkar selepas nasihat yang diberikan diabaikan dan tindakan pendakwaan di mahkamah akan dilaksanakan, Semoga ini menjadi Pengajaran yang bernilai buat semua peniaga supaya lebih sensitif dan menjaga kemuliaan bulan ramadan yang mulia. Bahagian ini juga telah memberikan peringatan kepada orang awam supaya menghormati bulan Ramadan Al-Mubarak dan janganlah mencemarkannya dengan perbuatan yang tidak baik seperti makan,minum atau hisap tembakau di khalayak umum.
Akhirnya,Pihak Bahagian Penguatkuasaan JAIPs merakamkan Setinggi Ucapan Terima Kasih atas kerjasama yang erat dan komitmen yang luar biasa kepada Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kangar ( MPK) dan Pihak Unit Kawalan dan Kualiti Makanan ( UKKM) PKD UKM, Semoga Usaha ini akan berterusan pada tahun tahun mendatang. Siiru Ala Barakatillah. Gambar