MESYUARAT PANEL PENGESAHAN HALAL PERINGKAT NEGERI PERLIS BIL. 1 TAHUN 2026

Kangar, 22 Januari (Kahmis) – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melalui Bahagian Pengurusan Halal JAIPs telah melaksanakan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Peringkat Negeri Perlis Bil. 1 Tahun 2026 bertempat di Dewan Syura, Aras 2, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Puan Maizura binti Shamsuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), dengan penglibatan ahli panel pengesahan halal daripada pelbagai agensi berkaitan.

Antara agenda utama yang dibincangkan adalah berkaitan Pengesahan Permohonan Pensijilan Halal Malaysia bagi Permohonan Baharu dan Pembaharuan, Laporan Pemantauan Pematuhan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, Penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) berkaitan halal dan perbincangan mengenai isu-isu semasa berkaitan pengurusan halal di Negeri Perlis.

Penganjuran mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh tadbir urus halal negeri serta memastikan pelaksanaan pensijilan halal dilaksanakan secara telus, berkesan dan berintegriti demi menjamin keyakinan pengguna dan kepentingan ummah.

JAIPs akan terus komited dalam memperkasa ekosistem halal Negeri Perlis selaras dengan standard dan keperluan semasa. Gambar aktiviti

Kami mempunyai 68 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top