KONVOI MENYANTUNI MAAHAD TAHFIZ SEMPENA KARNIVAL SAMBUTAN TAHUN BARU 2026

Kangar, 31 Disember 2026. Program Konvoi Menyantuni Maahad Tahfiz telah diadakan meliputi jelajah ke tiga Parlimen di Perlis. ​Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah serta menyuntik semangat kepada para pelajar tahfiz. Kunjungan mahabbah ini telah melibatkan tiga institusi pendidikan Islam terpilih iaitu Parlimen Kangar: Maahad Tahfiz Al Hikmah Lil Banat, Parlimen Padang Besar : Madrasah Miftahul Hidayah dan Parlimen Arau: Maahad Tahfiz Al Hikmah
​Dalam sesi ziarah ini, turut disampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM5,000 bagi membantu pengurusan dan kebajikan maahad tahfiz tersebut. Semoga sumbangan dan kunjungan ini memberi makna yang besar buat warga tahfiz dan menjadi pembuka tirai tahun baru yang penuh barakah buat Negeri Perlis. Gambar
Kami mempunyai 67 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top