BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN MASJID NEGERI PERLIS 2025 PERKUKUH TADBIR URUS KEWANGAN MASJID
KANGAR, 20 Disember 2025 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan Kewangan Masjid Negeri Perlis 2025 yang menghimpunkan peserta dalam kalangan bendahari dan setiausaha masjid seluruh negeri Perlis.
Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik Bank Rakyat dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebagai usaha berterusan memperkasa tadbir urus kewangan masjid agar lebih sistematik, telus dan berintegriti selaras dengan keperluan semasa.
Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan kepentingan latihan dan pendedahan berterusan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid khususnya dalam aspek pengurusan kewangan.
“Dengan adanya bengkel seperti ini, saya percaya bahawa kapasiti dan kompetensi AJK masjid dalam menyediakan laporan kewangan yang lengkap, tepat dan boleh diaudit akan terus meningkat. Secara tidak langsung, ini juga mengukuhkan integriti dan akauntabiliti yang amat penting dalam pentadbiran masjid masa kini,” ujar beliau.
JAIPs merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya Bank Rakyat, UniMAP serta para peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Diharapkan penganjuran bengkel seumpama ini dapat memberi manfaat berterusan dalam memperkukuh pengurusan kewangan masjid di Negeri Perlis. Gambar program
.