LAWATAN KERJA JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI MELAKA KE JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI PERLIS DAN JAIPs

Kangar, 5 Disember 2025,Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis  dan JAIPs telah menerima kunjungan daripada  Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka sempena sesi lawatan kerja jabatan berkenaan ke negeri Perlis. Program yang berlangsung di Bilik Gerakan Persekutuan, Kompleks Pentadbiran kerajaan Negeri Perlis, merupakan platform bagi perbincangan berkaitan pelaksanaan kaedah-kaedah undang-undang keluarga Islam (pengkompaunan kesalahan) negeri Perlis 2024. Sesi ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada bahagian penguatkuasaan JAIPs yang menguruskan proses pengkompaunan kesalahan di bawah undang-undang keluarga Islam (UUKI) negeri Perlis. Dalam sesi ini juga, jabatan yang terlibat berpeluang berkongsi idea dalam isu-isu yang melibatkan pendakwaan dan penguatkuasaan serta merapatkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Kami mempunyai 73 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top