MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN MASJID NEGERI PERLIS 2025

Kangar, 3 Disember 2025 (Rabu), Bahagian Pengurusan Masjid, JAIPs hari ini mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana bagi penyediaan Bengkel Pengurusan Kewangan Masjid Negeri Perlis 2025, melibatkan Bendahari dan Setiausaha daripada 101 buah masjid di seluruh negeri Perlis. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah JAIPs, Puan Maizura binti Shamsuddin, yang menekankan kepentingan tadbir urus kewangan yang teratur, telus dan berintegriti di setiap masjid.
Program bengkel berkenaan akan dilaksanakan dengan tajaan penuh daripada Bank Rakyat Negeri Perlis, sebagai usaha bersama memperkukuh sistem pengurusan dan kecekapan rekod kewangan masjid di seluruh negeri. Semoga penganjuran ini menjadi pemangkin kepada pengurusan masjid yang lebih profesional, tersusun dan berkesan.
Kami mempunyai 71 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top