PROGRAM HALAQAH TAKMIR SINERGI RUANG DAKWAH ANTARA JAIPs DAN AADK NEGERI PERLIS
Kangar, 4 Disember 2025, JAIPs merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis atas kerjasama strategik serta ruang kolaborasi yang diberikan dalam menjayakan Program Halaqah Takmir Siri 4 Tahun 2025.
Setulus penghargaan turut disampaikan kepada ahli panel dan moderator jemputan atas perkongsian yang bernas dan bermanfaat dalam Forum “Medan Dakwah Yang Sama”, yang memperlihatkan sinergi antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan AADK Negeri Perlis dalam memperkasa dakwah serta pembangunan masyarakat.
Penghargaan juga ditujukan kepada seluruh warga JAIPs yang telah memberikan komitmen dan sokongan padu sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan berjaya.Semoga hubungan kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat ummah dan kemajuan dakwah di Negeri Perlis. Gambar program