PROGRAM TAHSIN AL-QURAN IMAM-IMAM NEGERI PERLIS TAHUN 2025
PROGRAM TAHSIN AL-QURAN IMAM-IMAM NEGERI PERLIS TAHUN 2025
Kangar, 20 November – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah berjaya menganjurkan Program Tahsin al-Quran Imam-Imam Negeri Perlis Tahun 2025 yang berlangsung pada 18 hingga 20 November bertempat di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis dan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail.Program selama tiga hari ini menghimpunkan imam-imam terpilih dari seluruh negeri Perlis bagi tujuan meningkatkan kualiti bacaan al-Quran melalui penguasaan tajwid, pembetulan sebutan, serta penekanan terhadap kelancaran bacaan. Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan berkaitan lagu-lagu tarannum asas yang sesuai dibawa ketika mengimamkan solat fardhu.
Penganjuran ini turut memberi fokus kepada kesalahan-kesalahan lazim dalam bacaan al-Quran yang sering berlaku, seterusnya membantu para imam melakukan penambahbaikan secara lebih terarah melalui sesi latihan teori dan praktikal. Program ini merupakan antara usaha berterusan JAIPs dalam memperkasa kompetensi para imam serta meningkatkan kualiti penyampaian al-Quran di masjid-masjid seluruh negeri. JAIPs komited untuk terus menyediakan ruang latihan dan pembangunan profesional demi memantapkan institusi masjid dan peranan imam sebagai pembimbing ummah. Gambar