DAURAH HALALAN TAYYIBAN PERINGKAT IPD PADANG BESAR 2025

Padang Besar, 13 November 2025 (Khamis) - Surau Al-Taqwa, IPD Padang Besar hari ini telah menganjurankan Program Daurah Halalan Tayyiban: Kesedaran Halal & Penyembelihan Mengikut Syarak yang berlangsung penuh bermakna dan berinformasi. Program ini telah dirasmikan oleh YDH ACP Mohd Shokri bin Hj. Abdullah, Ketua Polis Daerah Padang Besar, dengan kehadiran pegawai kanan, warga IPD, serta ahli PERKEP.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh jemputan iaitu Y.Brs Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Keluarga Islam merangkap Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) / Imam Besar Negeri Perlis,
Y.Bhg Dr. Madihah binti Mohd Zin, Pegawai Veterinar Negeri Perlis, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perlis, serta Y.Brs Ustazah Azizah binti Mat Isa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Sesi ceramah pula disampaikan oleh tiga penceramah berpengalaman iaitu Y.Bhg Dr. Madihah binti Mohd Zin (JPV Perlis), Y.Brs Ustazah Azizah binti Mat Isa (JAIPs), dan Y.Bhg Ustaz Faizal bin Hashim, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan konsep Halalan Tayyiban yang menekankan aspek kebersihan, keselamatan serta keberkatan dalam penyediaan makanan. Penceramah turut berkongsi panduan dan kaedah penyembelihan haiwan yang menepati hukum syarak serta piawaian ditetapkan oleh pihak berkuasa agama.
Penganjuran program ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman warga PDRM terhadap tuntutan halal dalam kehidupan seharian, malah turut membentuk sikap amanah dan tanggungjawab dalam memastikan setiap aspek pengendalian makanan berada dalam kerangka yang suci dan diberkati.

Semoga program bermanfaat ini terus menjadi platform penyebaran ilmu serta menyemai nilai integriti dan keinsafan dalam kalangan warga IPD Padang Besar. Gambar program
Kami mempunyai 11 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top