KURSUS CAKNA MUALAF 2025
Kangar 11 November 2025, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dengan jayanya telah menganjurkan Kursus Cakna Mualaf 2025 kepada warga mualaf di negeri ini bertempat di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Kompleks Islam Perlis, JAIPS. Kursus yang diurusetiakan oleh Bahagian Dakwah JAIPs ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran terhadap pelbagai aspek kehidupan kepada pelbagai lapisan mualaf terutamanya dari aspek kebahagiaan rumah tangga, jenayah syariah dan keselamatan makanan. Gambar program