PROGRAM HALAQAH TAKMIR NEGERI PERLIS TERUS DIPERLUASKAN KE SURAU DAN AGENSI TERPILIH

Simpang Empat, 6 November 2025 - Bahagian Takmir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Surau An-Nur, Taman RPA Simpang Empat, serta barisan panel dan moderator jemputan atas komitmen, kerjasama dan kejayaan dalam menjayakan Program Halaqah Takmir Siri 3 Tahun 2025 yang telah diadakan pada 6 November 2025 (Khamis) bertempat di Surau An-Nur, Taman RPA Simpang Empat, Perlis.

Program Takmir Masjid dan Surau merupakan program yang bertujuan menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam kepada seluruh masyarakat. Ianya juga bermatlamat untuk membanteras ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Semoga usaha dan komitmen yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan serta pemangkin kepada pengukuhan syiar Islam di negeri Perlis. Berita lanjut

Kami mempunyai 9 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top