SEMINAR UNDANG-UNDANG JENAYAH DALAM SYARAK TAHUN 2025

Kangar, 30 Oktober 2025 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bersama Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis telah berjaya menganjurkan Seminar Undang-undang Jenayah Dalam Syarak Tahun 2025 bertempat di Dewan Warisan, Kangar.  Program ini memfokuskan gerakan ekstremisme agama ataupun ajaran sesat yang berlaku di Malaysia.

Program yang berlangsung sehingga jam 1.00 petang ini, telah mengupas 2 tajuk penting iaitu Ancaman ajaran sesat d Malaysia yang disampaikan oleh SAC Zairul Naim Bin Lomak, Pegawai cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman dan Ajaran sesat: Undang-undang jenayah Dalam Syarak yang dibentangkan oleh Tuan Husni Zaim Bin Mohd Said, Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis.

Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Muhammad Azmir Bin Azizan AMMK Hal Ehwal Agama Negeri Perlis. Beliau dalam ucapannya, menegaskan bahawa Kerajaan negeri telah melihat isu-isu ini secara serius dan telah menggariskan agenda pembangunan Islam untuk digerakkan di semua peringkat. Selaku EXCO agama, saya amat menyokong usaha yang dibuat oleh JAIPs dan Jabatan Pendakwaan Syariah ini dan ingin mengajak semua yang hadir untuk memberi sokongan dan dokongan kepada usaha yang dibuat oleh semua agensi kerajaan kerana usaha untuk memulihkan masyarakat ini memerlukan sentuhan disemua peringkat. 

Peserta seminar ini terdiri daripada pegawai atau Jawatankuasa Masjid seluruh negeri Perlis, Kakitangan awam negeri dan Persekutuan dan para pelajar IPTA/S sekitar negeri Perlis.

Kami mempunyai 16 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top