BENGKEL HALAL KOTEJ USAHAWAN ATAM MAIPs 2025

Kangar, 13 – 15 Oktober 2025 | Satu Bengkel Halal Kotej Usahawan ATAM MAIPs telah berlangsung selama tiga hari di Elissa Hotel, Kangar, Perlis yang menghimpunkan para usahawan kotej di bawah bimbingan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayau Perlis (MAIPs), Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor. Turut serta bersama dalam majlis ini, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Puan Maizura binti Shamsuddin dan  Pengurus Besar Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM), Encik Muhammad Farid Abdul Rahim.

Bengkel ini dianjurkan bersama oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIPs dan ATAM MAIPs, dengan objektif utama membimbing para usahawan kotej dalam proses memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Usaha ini diharap dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk makanan yang diusahakan oleh mereka.

Pengisian utama bengkel :

1) Konsep Halalan Tayyiban & Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang disampaikan oleh Ustazah Azizah binti Mat Isa, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal JAIPs.

2) Sistem Pengurusan Halal Malaysia & Praktikal permohonan halal melalui sistem MYeHALAL serta penyediaan dokumen sokongan yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Faris Hasbullah bin Azis, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal JAIPs.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kejayaan para usahawan asnaf dalam memperkasa perniagaan mereka serta memastikan produk yang dihasilkan diyakini halal dan toyyib untuk dimanfaatkan oleh masyarakat. gambar program

#BengkelHalal #JAIPs #MAIPs #ATAM #UsahawanAsnaf #HalalanTayyiban

Kami mempunyai 8 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top