MAJLIS IHTIFAL TADIKA ISLAM PERLIS (TIPS) JAIPs TAHUN 2025

Kangar, 11 Oktober 2025 - Majlis Ihtifal merupakan program tahunan bagi murid-murid TIPs yang terpilih untuk mewakili tadika masing-masing bagi acara yang dipertandingkan iaitu Hifz al-Quran, Hifz al-Hadis Nabawiyah, Dai'e Cilik dan Choral Speaking. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan peserta bagi setiap acara atas usaha dan persembahan yang telah dilakukan.

Sekalung penghargaan juga diucapkan buat barisan urus setia, guru-guru yang telah bertungkus lumus menyediakan murid dalam setiap acara serta buat ibu bapa yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan buat murid-murid TIPs.

Majlis perasmian penutup pada hari ini telah disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Najdi bin Mohd Noor, Ketua Unit Agihan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Turut hadir pada majlis hari ini adalah Puan Maizura binti Shamsuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs). 

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk mencungkil dan menghargai bakat murid-murid TIPs seterusnya dapat memberikan pengalaman berharga buat anak-anak TIPs sebelum melangkah ke alam persekolahan yang sebenar. "Pendidikan Islam Perlis, Membangun Ummah". gambar program

Kami mempunyai 12 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top