KURSUS PENGURUSAN INSTITUSI KOMUNITI LUAR BANDAR (FOKUS MASJID) SIRI 1/2025
Sungai Petani, 25 September 2025 – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah menyertai Kursus Pengurusan Institusi Komuniti Luar Bandar (Fokus Masjid) Siri 1/2025 anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).Kursus yang berlangsung mulai 23 hingga 25 September 2025 di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani ini memberi fokus kepada usaha memperkasakan sistem tadbir urus institusi masjid luar bandar serta menekankan kepentingan penggunaan aplikasi teknologi maklumat dalam merancang aktiviti pengimarahan masjid.
Seramai 40 orang peserta daripada kalangan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa Masjid seluruh negeri Perlis mengikuti kursus ini.Melalui kursus ini, para peserta diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pentadbiran masjid, seterusnya memperkukuhkan lagi peranan masjid sebagai pusat komuniti ummah di negeri Perlis. Gambar