LAWATAN DAKWAH BIL HAL BIL. 6/2025

23 Seotember 2025 (Selasa) Kangar, Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dengan kerjasama Hospital Tuanku Fauziah (HTF) telah mengadakan Program Lawatan Dakwah Bil Hal di Wad A6, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis.Program ini bertujuan menyantuni para pesakit dengan suntikan semangat rohani, sokongan emosi dan motivasi agar mereka terus tabah menghadapi ujian kesihatan.

Pesakit turut menerima sumbangan hamper daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebagai tanda prihatin dan dorongan moral.JAIPs merakamkan penghargaan kepada pihak HTF dan MAIPs atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan usaha dakwah berteraskan kasih sayang ini.Semoga usaha ini menjadi asbab kebaikan dan mengukuhkan hubungan masyarakat dengan institusi agama dan kesihatan. Gambar berkaitan

Kami mempunyai 41 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top