LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID JAIPs KE JHEAINS, NEGERI SEMBILAN
SEREMBAN, 27 Ogos – Delegasi Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) meneruskan program lawatan kerja pada sebelah petang dengan mengunjungi Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
Sesi dimulakan dengan pengenalan mengenai latar belakang JHEAINS serta Bahagian Pengurusan Masjid yang berperanan penting dalam urus tadbir masjid dan tanah perkuburan Islam di negeri tersebut. Perkongsian ini membuka ruang kefahaman yang lebih mendalam mengenai struktur organisasi serta fungsi utama yang dijalankan.
Sesi soal jawab kemudiannya memberi tumpuan kepada aspek pengurusan tanah perkuburan Islam, termasuk prosedur pelaksanaan serta garis panduan yang digunapakai di Negeri Sembilan.
Secara keseluruhannya, siri lawatan kerja ke JAWI pada sebelah pagi dan JHEAINS pada sebelah petang ini bertujuan untuk mengumpul maklumat dan amalan terbaik dalam usaha menyediakan Garis Panduan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Perlis yang lebih jelas, lengkap dan mudah difahami.