SEMINAR KESEDARAN HALAL @ UiTM PERLIS

Arau, 26 Julai 2025 (Selasa) – Lebih 150 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi, pensyarah universiti serta para usahawan telah menyertai Seminar Kesedaran Halal @UiTM Perlis yang berlangsung di Dewan Kuliah 6, Kompleks Star, UiTM Arau Cawangan Perlis.Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan pengurusan dan industri halal, penguatkuasaan halal dan penyediaan makanan yang bersih dan selamat mengikut akta makanan dan prosesur pensijilan halal Malaysia.

Antara sesi yang dijalankan ialah:

1.Isu-Isu Viral dalam Industri Halal: Tanggapan, Realiti & Cabaran Terkini oleh Ustazah Azizah binti Mat Isa, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal JAIPs.

2 Amalan Halal oleh Penyedia Makanan: Audit Diri & Kepatuhan Piawaian oleh Pn. Siti Hanim binti Naim, Pegawai Teknologi Makanan, BKKM Perlis.

3. Halal di Hujung Jari: Media Sosial antara Pencerahan dan Provokasi oleh Tuan Rudyismadi bin Ismail, Penolong Pegawai Penguatkuasaan, KPDN.

4. Forum Perdana Halal: Menjana Kesedaran Halal ke Arah Kehidupan Masyarakat Madani yang menampilkan:

 • Moderator: Ustazah Mannal binti Mansor

 • Panel 1: Syeikh Ahmad Shukri Mohamed, JAHEIK

 • Panel 2: Dr Azhar bin Abdul Rahman, Pensyarah Kanan UiTM Perlis

Seminar ini adalah anjuran bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Perlis dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).Program ini diharap dapat menyemai kefahaman masyarakat tentang kepentingan halal serta peranannya dalam melahirkan masyarakat madani yang lebih berintegriti, sihat dan berdaya saing.

Kami mempunyai 37 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top