IKLAN JAWATAN KOSONG : GURU TADIKA ISLAM PERLIS

IKLAN JAWATAN KOSONG : GURU TADIKA ISLAM PERLIS

Permohonan adalah dipelawa daripada calon yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. a) Jawatan​​​:​Guru Tadika Islam Perlis (TIPs)

​​    b) Jabatan​​​:​Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)

    ​​c) Kumpulan Perkhidmatan​:​Pelaksana

    ​d) Gred​​​:​Gred 11

2. Jadual Gaji​​​:​RM1,216.00 dan Elaun Khas

3. Syarat Lantikan:

    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    a) Warganegara Malaysia;
    b) Tidak menjawat sebarang Jawatan Rasmi lain;
    c) Sihat mental dan fizikal (disahkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar);
    d) Berumur tidak kurang daripada lapan belas (18) tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    e) Mendapat sekurang-kurangnya tiga (3) kredit (Kepujian / Gred C) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan              yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; termasuk

      i.​ Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia;
     ii. ​Pendidikan Islam atau Pengajian Islam;
    iii. ​Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi; dan
    iv.​ Lulus dalam tiga (3) subjek lain.

4. Taraf Jawatan​: Kontrak (Contract for Service)

5. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat:

    Kontrak selama satu (1) tahun seperti mana yang telah dipersetujui di dalam perjanjian kontrak lantikan dan tertakluk kepada keputusan Kerajaan Negeri bagi                penyambungan kontrak.

6. Fungsi Bidang Tugas:

   Guru Tadika Islam Perlis (TIPs) yang dilantik dan memasuki perkhidmatan ini akan menguruskan segala keperluan seperti urusan yang melibatkan pendaftaran,
   pengajaran dan pembelajaran murid, keselamatan, pentadbiran, dan kewangan serta keurusetiaan program dan aktiviti yang berkaitan di Bahagian Pendidikan,           
   JAIPs.


7. Kelebihan / Keutamaan:

    Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman sebagai Penyelia, Guru atau Pembantu Tadika dan Anak Negeri Perlis (IC-09).

8. Permohonan :

​    Permohonan hendaklah dibuat melalui laman sesawang MYFutureJobs di pautan https://www.myfuturejobs.gov.my SAHAJA.

    Permohonan yang lewat diterima, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan. Hanya pemohon-pemohon yang benar-benar berkelayakan      dan setelah ditapis akan dihubungi. Sekiranya pemohon-pemohon tidak dihubungi dalam masa dua (2) minggu dari tarikh iklan ditutup, maka permohonan itu         
    dianggap tidak berjaya.


    Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

    Penyelia Tadika Islam Perlis (TIPs)
    Bahagian Pendidikan
    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)
    Kompleks Islam Perlis
    Persiaran Jubli Emas
    01000 Kangar, Perlis

    No. Tel: 04-9773240 / 04-979 4417 / 04-979 4409

9. Tarikh Tutup Permohonan:

    Pada 16 April 2021 (Jumaat), Jam 11.45 Pagi.



Kami mempunyai 38 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top