RAJA MUDA PERLIS SAKSI MAJLIS TAULIAH SOLAT JUMAAT MASJID AL-AMIN

“Raja Muda Perlis saksi majlis tauliah solat jumaat Masjid Al-Amin”

KANGAR 21 Mei - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan majlis penyerahan ‘Tauliah Kebenaran Mendirikan Solat Jumaat’ di bangunan baharu Masjid Al-Amin Sempering, baru-baru ini.

Ia disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) kepada imam masjid berkenaan, Abu Hassan Jusoh.

Masjid Al-Amin baru sahaja digunakan setelah dibina sebuah bangunan baharu menggantikan masjid lamanya.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Mohd Nazim memaklumkan bahawa MAIPs pada Mesyuarat Majlis Bilangan ke 2 bagi tahun ini bertarikh 14 Mac 2019 telah bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada masjid berkenaan untuk mengadakan solat jumaat di bangunan baharu apabila ia disiapkan sempurna dengan syarat-syarat bahawa ia hendaklah dilaksanakan oleh imam yang dilantik oleh MAIPs dengan mematuhi garis panduan dan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIPs serta teks khutbah jumaat adalah mengikut teks yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Sumber: 
Utusan Online, Edisi 21 Mei 2019

Pautan:
http://m.utusan.com.my/…/raja-muda-perlis-saksi-majlis-taul…


Kami mempunyai 20 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top