RAJA MUDA PERLIS SEMPURNAKAN PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA ASNAF MUALAF
Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Dr Hazman Hassan.
Program tahunan ini adalah anjuran pihak MAIPs dan One Centre Malaysia Negeri Perlis yang mana Setiap di antara 470 orang mualaf yang hadir tersebut menerima RM200 dari pihak MAIPs bagi persediaan menyambut Aidilfitri masing-masing.
Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs menasihatkan mengenai keperluan supaya asnaf mualaf terus terbela kerana golongan ini hendaklah sentiasa diberikan pendedahan kepada kelas-kelas pengajian agama yang sebenarnya untuk terus memperkuatkan keimanan dan jati diri sebagai Muslim.
Pada masa yang sama, pihak-pihak berkepentingan, sama ada Jabatan Kerajaan atau NGO yang menguruskan golongan Mualaf disarankan untuk mencari pendekatan terbaik dalam mempertingkatkan lagi perkhidmatan bagi menyantuni golongan asnaf Mualaf, serta memastikan jika ada terdapat golongan Mualaf yang tersisih dari keluarga mereka dan menghadapi kesulitan dalam ikhtiar hidup hendaklah dibantu sebaiknya bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan selesa.
Untuk rekod, dalam usaha membantu golongan asnaf ini, MAIPs sentiasa memberikan sokongan dengan memperuntukkan sejumlah peruntukan khas kepada PERKIM Perlis untuk melaksanakan pengurusan selain memperuntukkan sumbangan kepada pelaksanaan kelas-kelas pengajian.
Selain itu, MAIPs juga menubuhkan “One Centre Malaysia Negeri Perlis”, bertujuan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan mengadakan pendekatan baharu bagi memberikan persepsi yang baik kepada masyarakat bukan Muslim terhadap Islam.
Sumber:
Utusan Online Edisi 24 Mei 2019
Pautan:
http://m.utusan.com.my/…/raja-muda-perlis-sempurnakan-progr…
Kredit Gambar:
Utusan Online