PENGHORMATAN KEPADA MAIPs SEBAGAI PEMEGANG AMANAH TUNGGAL BAGI MASJID DAN TANAH YANG BERKAITAN DENGANNYA

PENGHORMATAN KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) SEBAGAI PEMEGANG AMANAH TUNGGAL BAGI MASJID DAN TANAH YANG BERKAITAN DENGANNYA

JAIPs telah menerima surat Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan rujukan MAIPs.700-8/1(27) bertarikh 18 Januari 2019 yang jelas menegaskan bidang kuasa MAIPs sebagai pemegang amanah tunggal bagi masjid-masjid Negeri Perlis dan tanah yang berkaitan dengannya. Sehubungan dengan itu, pihak Imam Masjid dan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid adalah diminta untuk memastikan masjid dan kawasan masjid baik di dalam masjid, tanah masjid, pagar masjid serta peralatan masjid tidak disalahgunakan untuk sebarang aktiviti, terutamanya demonstrasi dan perbuatan seumpamanya, melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada MAIPs. Pihak Imam Masjid dan Pengerusi Jawatankuasa Kariah juga diminta untuk menyebarkan maklumat ini kepada anak-anak kariah khasnya dan kepada orang ramai umumnya, dalam kadar sesegera mungkin.

Sayugia diperingatkan bahawa saluran perhubungan yakni surat-menyurat antara pihak Jawatankuasa Kariah Masjid dengan MAIPs adalah melalui Jabatan ini seperti yang termaktub pada Peraturan 26, Saluran Perhubungan dengan Majlis, Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah 1990 iaitu :

“Surat-menyurat di antara Jawatankuasa dengan Majlis hendaklah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis”.

Kerjasama dan tindakan segera Imam Masjid dan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“RAJA BERDAULAT, RAKYAT BERILMU, 
 NEGERI SEJAHTERA, PERLIS MAJU”

   



Kami mempunyai 35 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top