DOA KEPADA JAMAAH HAJI


Tahniah diucapkan kepada jemaah haji Negeri Perlis khasnya dan Malaysia umumnya yang terpilih menjadi Tetamu Allah pada kali ini. Gunakankah peluang ini sebaik-baiknya untuk beribadat, memperbanyakkan taubat dan menggandakan doa kepada Allah. 
Seluruh warga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) mendoakan agar bakal-bakal Haji dan Hajah dipermudahkan segala urusan di sana.

Kami juga mendoakan jamaah Haji sebagaimana doa yang dicontohkan Nabi sallallahu alaihi wa sallam yang berbunyi:
زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ

Zawwadakallahut taqwa wa ghafara zanbaka wa yassaro lakal khoiro haytsuma kunta.

Maksudnya: "Semoga Allah membekalmu dengan taqwa, mengampuni dosa-dosamu, dan memudahkanmu di mana sahaja engkau berada."
Doa ini berdasarkan hadith Nabi sallallahu alaihi wa sallam iaitu:

عَنْ أَنَسٍ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى أُرِيدُ سَفَرًا فَزَوِّدْنِى. قَالَ « زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى ». قَالَ زِدْنِى. قَالَ « وَغَفَرَ ذَنْبَكَ ». قَالَ زِدْنِى بِأَبِى أَنْتَ وَأُمِّى. قَالَ « وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ »

Dari Anas, dia berkata,

"Seseorang pernah mendatangi Nabi sallallahu alaihi wa sallam lantas berkata kepada baginda, "Wahai Rasulullah, aku ingin bermusafir, bekalkanlah aku."
Baginda bersabda, "Zawwadakallahut taqwa (moga Allah membekalmu dengan taqwa)." "Tambahkan lagi padaku", mintanya.
Baginda bersabda, "Wa ghafara dzanbaka (moga Allah ampuni dosamu)." "Tambahkan lagi padaku, demi ayah dan ibuku", mintanya.
Baginda bersabda, "Wa yassaro lakal khoiro haytsuma kunta (moga Allah memudahkanmu di mana sahaja engkau berada)."

[Hadith riwayat Tirmidzi no. 3444. Al-Hafiz Abu Tahir mengatakan sanad hadis ini hasan. Syaikh Al-Albani mengatakan hadis ini hasan sahih]
Semoga dikurniakan dengan Haji yang mabrur
Kami mempunyai 40 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top