Ustaz Ahmad Sirajudddin Dilantik Imam Besar Perlis

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS (JAIPs) DI MEDIA

"Ustaz Ahmad Sirajudddin Dilantik Imam Besar Perlis"

KANGAR, 26 Jan (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melantik al-Fadil Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar sebagai Imam Besar Negeri Perlis.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang diPertua MAIPs berkenan menyampaikan perutusan lantikan tersebut di surau Abi, Kubang Badak, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

Ustaz Ahmad yang dilahirkan di Kampung Batu Hampar, Pendang, Kedah adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi serta pernah berkhidmat sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM.

Beliau pernah menjadi Ketua Pentadbir/Ketua Imam Masjid Saidina Abu Bakar As- Siddiq, Bangsar dari 2012 hingga 2016 sebelum ditempatkan di JAIPs sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah dan Takmir JAIPs hingga dilantik ke jawatan sekarang.

Tuanku Syed Faizuddin ketika bertitah sebelum itu berharap Ustaz Ahmad Sirajuddin dapat berkongsi idea melalui pengalamannya dalam memperkasakan institusi masjid selari dengan dasar MAIPs.

Antara tanggungjawab Imam Besar Negeri Perlis ialah mengawal selia pengurusan dan mengimarahkan masjid-masjid utama iaitu Masjid Alwi di Kangar, Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Masjid Negeri dan Masjid Terapung Al-Hussein, di Kuala Perlis.

Sumber:
BERNAMA

Kami mempunyai 38 pengunjung dan tiada ahli dalam talian
Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 9794400
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top