Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah

Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam mengendalikan dan menguatkuasakan Enakmen Undang – undang keluarga 2006. Secara amnya bahagian ini berperanan untuk mengendalikan pengurusan permohonan perkahwinan masyarakat Islam serta memberikan kefahaman dan pendedahan mengenai hal ehwal pentadbiran keluarga melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Bahagian ini terdiri dari dua unit utama iaitu:

                 ⇒    Unit Nikah, Cerai dan Rujuk
                 ⇒    Unit Runding Cara

Fungsi bahagian:

                ♦   Melaksanakan pengurusan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang-orang Islam Negeri Perlis

                ♦   Menguruskan kursus pra-perkahwinan bagi orang- orang Islam negeri Perlis

                ♦   Mengendalikan proses rundingcara atau kaunseling keluarga kepada pasangan suami/isteri/anggota keluarga yang menghadapi
                     masalah krisis rumahtangga dan kekeluargaan melalui permohonan dan aduan seperti berikut:

                            ♣  Aduan/Khidmat nasihat

                            ♣  Aduan/Permohonan cerai/fasakh

                            ♣  Aduan/Permohonan rujuk

                            ♣  Permohonan Wali Hakim, Wali Ghaib, Wali Enggan

                            ♣  Permohonan Berkahwin Bawah Umur

                 ♦  Menyimpan dan mengemaskini rekod dan dokumen perkahwinan, penceraian dan rujuk orang-orang Islam Perlis ke dalam Sistem Pengurusan
                     Pernikahan Islam Malaysia (SPPIM).


 

 

 

 

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9794400
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta| Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top