Bahagian Dakwah

Tugas-tugas menyebarkan dakwah islamiah merupakan satu tanggungjawab yang tiada noktah akhirnya. Menjadi tanggungjwab semua pihak untuk memastikan masyarakat mendapat pengetahuan agama Islam yang sebenar berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Bahagian ini bertindak sebagai penyelaras dalam memastikan penyebaran pengetahuan agama Islam tidak menyimpang dari nas dan tuntutan yang sebenar. Bahagian ini terbahagi kepada lima unit utama iaitu:
       
         ⇒   Unit Dakwah    
         ⇒   Unit Ukhwah      
         ⇒   Unit Kariah
         ⇒   Unit Masjid Negeri, Arau
         ⇒   Unit Masjid Tuanku Syed Putra Jamalulail, Kangar       
 

Fungsi bahagian:

       ♦   Merancang kursus, seminar, bengkel dakwah dan kelas pengajian agama
       ♦   Memproses permohonan mengadakan ceramah di masjid dan surau, serta mendapatkan penceramah.
       ♦   Memproses serta mengeluarkan kebenaran mengutip derma khairat
       ♦   Mengurus pendaftaran memeluk Islam, mengeluarkan kad memeluk Islam untuk saudara baru.
       ♦   Mengurus temuduga, perlantikan, persaraan, dan perletakan jawatan pegawai masjid dan ahli jawatankuasa kariah
       ♦   Menguruskan pembayaran elaun saguhati pegawai dan pesara pegawai masjid serta pemberian pakaian seragam pegawai masjid
       ♦   Memastikan masjid dan surau dalam keadaan baik
       ♦   Mengendali majlis perasmian masjid dan program rasmi di masjid
       ♦   Merancang kursus, seminar,dan bengkel bagi tujuan meningkatkan pentadbiran dan pengurusan pegawai masjid dan surau
       ♦   Mertanggungjawab dalam menentukan sempadan kariah,tapak masjid dan tanah perkuburan.
       ♦   Mengurus hal pentadbiran Masjid Negeri serta merancang program pengimarahan masjid negeri.

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9794400
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta| Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top